Apa yang aku mampu tulis, ni yang termampu untuk aku tulis. Selebihnya, Allah maha Mengetahui.
aku di buat seperti patung di tempat kerja.
gaji aku tak berbayar sejak bulan Mei yang lepas.
dan aku tak bekerja sekarang disebabkan mereka sendiri tak mahu bayar gaji aku.
aku Tak bekerja.
aku EMOSI.
semangat aku jatuh.
aku punya kesayangan.
dia punya masalah keluarga, yang dia sendiri tak mampu selesaikan.
aku tak mampu nak buat apa, hanya mampu doa dan beri sokongan dari jauh.
Nak jadikan cerita, aku berselisih faham dengan dia, untuk kali yang keberapa aku dah tak ingat.
Kali ni, memang aku rasakan diri aku seolah takda apa.
bukan sesapa.
memang, hubungan belum halal lagi. tapi impian dan perancangan untuk menghalalkan status tu dah ada dalam kepala otak akal aku.
Dia tahu apa impian aku.
Perasaan.
aku cuma tanyakan soalan.
Lain di tanya, lain dijawab.
apa yang di taip, kau takkan tau apa emosi kau masa tu.
aku taktau kau tengah marah atau suka.
hati aku kata, kau tengah marah.
kau tak mengaku.
bila aku kata, kau salahkan aku.
Ya, aku SALAH.
Keadaan.
kau orang yang bekerjaya.
aku ni, orang yang takda apa.
Jadi, pada aku, bila-bila masa kau boleh pergi dan cari orang yang lagi baik dari aku.
Sunyi.
kalau kau kata kau sunyi, bila kau dah duduk serumah dengan aku baru kau akan faham kesunyian aku,
Sorang.
kalau kau kata kau sorang, bila kau dah duduk serumah dengan aku baru kau akan faham kenapa aku sentiasa sorang,
Jangan ulang ayat "aku perlukan kau", benda yang sama jugak aku mintak dari kau. tapi aku tak mampu nak cakap atas sebab masalah dan keadaan kau.
Ha'a aku sedih. Kesedihan yang kau rasa. Sedih lagi perasaan aku.
seolah-olah, aku takda apa.
Aku redha dengan ujian ni.
Aku terima segala balasan dari Allah. Tuhan sekalian alam.
Aku rela susah dunia, dari susah akhirat.
Selebihnya, biar Allah yang uruskan,
Sekian.
No comments:
Post a Comment